SUMBANGAN BUKU BAGI KOLEKSI PERSEORANGAN PERPUSTAKAAN USIM

Posted by Perpustakaan USIM



ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Perpustakaan USIM sedang dalam usaha meningkatkan jumlah koleksi bahan perpustakaan yang merupakan sumber rujukan pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Justeru, Perpustakaan USIM ingin mempelawa individu atau seorang tokoh yang mempunyai koleksi peribadi terkumpul dalam sesuatu bidang yang khusus bersesuaian dengan Perpustakaan USIM untuk membuat sumbangan kepada Koleksi Perseorangan Perpustakaan USIM.

Maklumat lanjut dan syarat - syarat adalah seperti yang tertera didalam poster :


Semoga setiap sumbangan yang diberikan dikira sebagai amal jariah dan memberikan pahala yang berterusan.
Semoga Allah S.W.T mengganjari tuan/puan yang memberikan sumbangan ini dengan sebaik-baik ganjaran.

InsyaAllah.





0 komen: