Kenali Kami


Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah ditubuhkan pada awal Julai tahun 2000. Lokasi penubuhannya yang pertama adalah di Menara IPB, Kuala Lumpur. Kemudiannya, ia dipindahkan ke Aras 14 di Menara Pandan, Kuala Lumpur pada Julai, 2001. Genap 4 tahun selepas itu, Perpustakaan sekali lagi dipindahkan ke lokasi tetap kampus KUIM pada masa itu di Nilai, Negeri Sembilan pada Julai, 2005 dengan menghuni bangunan sementara yang disediakan. Namun, dalam waktu yang sama operasi Perpustakaan di Menara Pandan masih diteruskan dan ia dijadikan sebagai Perpustakaan cawangan. Kini, Perpustakaan USIM di kampus induk, Nilai telah beroperasi di bangunan tetap yang serba indah dan lengkap bermula pada Januari, 2009.

Objektif utama penubuhan perpustakaan adalah untuk mendokong dan menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di USIM dengan menyediakan bahan rujukan yang diperlukan. Bagi memudahkan dan meningkatkan mutu perkhidmatant, Perpustakaan mengaplikasi sistem pengurusan Perpustakaan bersepadu yang menggunakan teknologi terkini. Sehingga pertengahan 2011, koleksi Perpustakaan telah mencecah 64,815 unit yang merangkumi pelbagai subjek pembelajaran di USIM.


Kemaskini : 10 Jun 2011